Ya Ayuhannas
Muamalat Emas dan Perak
Nak muamalat emas perak nih
Mula mula kena belajar agama
Kena ngaji masuk Kitab Riba
Bukan main suka suka jual beli dapat lebihan kertas
Bayar ansuran emas boleh. Tapi barang kemas sahaja. Dan harga kena tetap dari awal sampai akhir takde caj tambahan. Dan barang tu mestilah wujud boleh pegang boleh rasa. Dulu orang bayar pakai dinar dirham. Adil tak bila harga tak berubah? Rumah RM200,000 ko bayar ansuran 1000 kali harga tetap RM200,000 tanp interest. Adil tak? Yang ni takde panel syariah belajar kat Azhar dan UiA tapi lagi Islamik.
Tempah barang kemas. Paling lama tukang emas ni biasa buat barang custom made dalam sebulan dua mengikut bentuk dan kesusahan barang kemas tersebut. Sebelum tukang buat barang, bayar ler deposit dulu tanda jadi. 50% ke. Bila barang dah siap, baru bayar habis on the spot barang yang disiapkan. Kenapa? Kang tak kena citarasa kau. Kau dah bayar 100% dulu nanti tukang dah taknak baiki dah barang tu ikut citarasa. Dua dua win tak ada orang kena aniaya. Graphic designer pun boleh guna cara ni, biasa customer ko tak bayar deposit design ko, last last ko dah siap design bagai dia chow. Betul tak? Tu namanya lahnat
Zaman dulu orang pajak tanah dan binatang ternakan. Dapat dinar dan dirham. Takde pajak digital bagai. Walau tak modern tapi islamik tanpa perlu pengesahan Panel Syariah belajar syariah tapi pasal dinar dirham tak tahu. Pajak dulu senang. Tak rumit dan tak miskinkan orang dengan upah simpan yang tinggi macam Rothchild. Pajak kambing dapat dinar, bayar pakai nilai dinar yang dipinjam mula mula. Zaman sekarang dinar dipajak, dapat kertas. Yang lagi hebat, dinar duk dalam akaun tak nampak dan takleh rasa. Boleh pajak terus on the spot. Islamik ke? Celah mana? Gharar dan solid riba. Panel syariah cap ayam mana ni?
Dulu orang datang melaka bukan beli rempah pakai duit kertas muka sultan melaka dan ada sign BNM. Orang china, arab, portugis datang melaka bawak duit emas dan perak beli rempah. Satu dunia pakai emas dan perak sebagai duit. Mana boleh ada lain duit satu dunia. Negara maju duit kuat, negara mundur duit lemah. Bodoh betul macamtuh. Sampai mati pun jadi hamba. Bila nak kaya asyik jadi bodoh.
Zakat? Sekarang nilai perak jauh lari daripada 600 tahun lalu. 1:8, 1 dinar 8 perak. 1 ekor kambing 8 ekor ayam. Sekarang 1 kambing 80 ekor ayam. Zakat pun lari jadi bodoh tunggul takde belajar muamalat emas perak.
Ha. Hadam lah.
Kasi otak berfungsi sikit hari Sabtu. Takyah tanya lagi sanad bersambung ke tak dengan Nabi ilmu muamalat aku tulis nih
Ko fikir panjang dulu.
0 comments:
Post a Comment