Yg dimaksudkan dengan mata satu itu, mata jasadnya celik tetapi mata hatinya buta. Iaitu kaum yg sentiasa dijanjikan seronok dengan pandangan mata jasad, mahligai yg besar, kereta mewah, sijil pelajaran, pemerintahan yg luas, puji-pujian, suami isteri yg cantik. Semua bentuk kebahagian pandangan mata jasad itulah janji-janji manis dajal.
Sedangkan jalan nabi isa pula jalan mengingatkan pandangan kebahgiaan pandangan rohani iaitu disebalik sesuatu keadaan yg buruk pada mata jasad. (Isa itu sendiri ciptaannya dari roh bukan dari jasad) Tiada berayah, dihalau oleh masyarakat, dikatakan ibunya kaum yg berzina, sedangkan kaum pada masa itu mengaku mereka kaum yg beriman.
Jadi ada dua keadaan jalan. Satu jalan kebahgiaan jasmaniah (jalan dajal) satu lagi kebahgiaan disebalik pandangan buruk jasmaniah iaitu kebahgiaan rohaniah. (Jalan isa ruhillah)
Allah menjadikan 2 makhluk ini supaya menjadi bukti yg akan rasulullah terangkan kepada ummatnya. Perjuangan rasulullah itu dengan membawa kisah2 nabi dari awal sampai kepada nabi isa, semuanya dalam keadaan takdir2 buruk menimpa nabi-nabi. Tetapi dengan sesuatu yg buruk itulah terbitnya mata nurani cahaya yg menunjukkan jalan rahmat serta pelihara allah.
Tidak ada nabi musa kalau tiada firaun.. buruknya firaun itu dan dari situ munculnya nabi musa. Begitu juga nabi ibrahim yg dibakar didalam api oleh namrud..
Yg hendak diterangkan adalah nak dapatkan sesuatu kebahgiaan itu mesti akan lalui jalan menerima takdir2 buruk dari Allah.
Pelajaran ini yg susah nak difahami oleh nabi musa dalam pengajian dengan nabi khidir. Iaitu jalan jelas mata hati hendaklah ditutup pandangan mata jasad (jangan kamu tegur apa yg aku buat).
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ
Al baqarah 2.
Terbuka mata hati itu jauh keutamaannya..kemudian barulah elok solatnya.
Dalam pelajaran menuntut ilmu kerohanian, maka jangan terkejut bila allah nampakkan jalan-jalan keburukan-keburukan. Sebenarnya itulah pembuka kepada jalan iman.
Jalan buruk itulah sesuatu yg mata jasad @mata dajal tidak akan menerima. Sehingga membuatkan manusia berjalan separuh jalan. Padahal itulah pembuka kepada jalan kemenangan.
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ al asr.
Manusia selalu rugi.. rugi kerana suka berjalan separuh jalan... bila mula nak beramal, perut pula lapar, mula nak istiqamah, bank call kejar hutang, mula nak muraqabah, isteri mengamuk asyik makan lauk hati.. kata p.ramlee untunglah dari orang sebelah yg hari2 makan sup tulang.
Akhirnya kembali jalan kesukaan pandangan mata dajal, tinggalkan jalan kebahagiaan rohani.
Dalam perjalanan iman tiada istilah mengarap kepada bantuan makhluk.. pujian orang, mengharap kepada kawan2/geng/kumpulan..aku ramai aku kuat (bersatu kita teguh) yg ada jalan duduklah sorang2 dalam perigi (nabi yusof). Keseorangan dalam perut ikan (nabi yunos) berkawan dgn haiwan2 (nabi nuh) rasulullah sendiri dari mendapat nama "al amin - org yg terpuji tak sudah2" kepada orang yg kene kata kena maki hamun sehingga nak dibunuhnya, duduk jauh diatas gunung didalam gua.
Sehingga perkataan dari rasulullah : kalau orang kata kamu, kamu bagi dia hadiah" kerana dia telah bersedekah segala kebaikan dirinya kepada kamu.
Itulah fitnah dan kata keji dan mengata. Bukanlah kata2 itu buruk bagi kamu, tetapi itulah hadiah yg allah adakan. Selagi kamu duduk dalam keadaan bukan orang yg mengata/memfitnah semula. Itu yg diingatkan oleh rasulullah, jangan lihat pada keseronokan mata jasad (pujian) maka bahagialah diadalam keseronokan mata rohani.
Tiada yg buruk dijadikan allah kepada manusia. Tetapi manusia yg tak pandai bersyukur dengan pemberian allah kerana suka memandang menggunakan mata dajal.
Wafianfusikum afala tubsirun..
Sungguh2lah dalam merenung kedalam hati hingga terbuka hubungan kepada roh. (Kembali kpd jalan yg dibawa nabi isa yg diterangkan oleh rasulullah)