"Niantic Project" Dan Kesan-Kesan Berbahaya Akibat "Pokémon GO"
Siapa yang tak kenal permainan Pokemon go yang makin hari makin menjadi kegilaan semua golongan baik yang muda mahupun tua yang dah nak mamp*s....
Tahukah anda permainan via smart phone yang menjadi trend baru ini, banyak diakses oleh orang2 'jahat' untuk mengetahui lokasi anda berada. Dan bagi developer aplikasi ni for sure mampu mengaut keuntungan dari pelbagai maklumat dan data2 anda, keluarga, kawan2, alamat hinggalah mengetahui apa yang biasa anda surfing kemudian maklumat2 ni boleh dijual kepada pihak ketiga! Macam kelakar kan??Merepek lahh kan..tak kanlah...ok..baca bawah ni...
Permainan realiti ni dicipta (reality mobile games) oleh Niantic Inc bernama "Pokémon GO" (PockétMonster Google and NINTENDO) semakin menjadi2 viral didownload oleh ramai orang.
Permainan atau game ini adalah hak Nintendo sebagai publisher, aplikasi game pula dibangunkan oleh Niantic Inc, salah satu syarikat dari Google Inc, dan syarikat The Pokémon Company sebagai pengedarnya.
Permainan ini awalnya dibangunkan pada April 2014 . Pada masa itu, Google melancarkan "Pokemon Challenge" untuk Google Maps lengkap dengan video promosi dengan 'invite' pengguna untuk mencari dan menangkap raksasa fiksyen itu dalam aplikasinya. Ciri-ciri ini hanya aktif untuk sementara waktu time game sebelum akhirnya dimatikan.
Ternyata CEO Niantic Labs, John Hanke, menganggap perkara itu secara serius. Dia mula bertanya kepada Pengarah Asia Pasifik untuk Niantic Masashi Kawashima. "Apakah itu boleh dilakukan di dunia realiti malah lebih dari itu?".
Akhirnya, Pokemon Co.,dari pemaju Nintendo Co. dan Niantic bersama-sama membangunkan permainan tersebut. Pada tahun 2015 Niantic menjadi sebahagian dari Google. Pokemon GO mendapat sponsor penuh dari Nintendo, Google, Pokemon, dan pelabur2 lain.
Pokémon GO mula diperkenalkan sejak 6 Julai 2016 , dengan start melalui game engine iaitu Unity, kemudian melalui OS Andriod, iOS dan peralatan tablet yang lain. Baru saja seminggu sejak pelancarannya di Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand, Pokémon GO telah meningkatkan share (saham) Nintendo lebih daripada 50 peratus.
'Development' dari dari Game "Ingress"
Pokémon GO adalah asalnya dari game Ingress, iaitu permainan berasaskan keadaan yang lebih realiti dan besar (augmented-reality multiplayer online location-based) yang juga dibangunkan oleh Niantic, sama seperti pemaju Pokémon GO, yang awalnya pemaju aplikasi ini sebahagian dariGoogle Inc.
Ingress logo by Niantic Inc. (Wikimedia)
Game Ingress ini pertama kali dikeluarkan secara eksklusif untuk peranti Android pada 15 November 2012 , dan boleh didapati di iOS Apple pada tarikh 14 Julai 2014.
Permainan Ingress mempunyai cerita sains fiksyen masa lampau (science fiction back story) yang kompleks dengan naratif terbuka secara terus menerus.
Walaubagaimanapun game ini dirasakan takda feel oleh pemainnya.
Seperti Pokémon GO, Ingress dianggap sebagai permainan arked (exergame) yang berasaskan lokasi, tapi permainan ini dianggap gagal untuk diviralkan (tak femes lahh) jadi mereka develop Pokémon GO.
Pokémon GO generasi pengganti Ingress
Hampir serupa Ingress, permainan Pokémon GO menggunakan satelit agar dapat mengetahui dimanaanda berada dengan menggunakan GPS (Globally Positioning System) lagi..dengan peta lokasi lagi(reality map) memang betul2 realiti! Haruslah kerana
Pokémon GO menggunakan Google Maps dalam aplikasinya tu. Tu sebabnya map yang ada tu sama dengan map real bukan hanya ilustrasi.
Pokémon GO menggunakan Google Maps dalam aplikasinya tu. Tu sebabnya map yang ada tu sama dengan map real bukan hanya ilustrasi.
Akibatnya, anda boleh senang2 saja dipantau atau diawasi oleh satelit ataupun oleh server developer tu, juga oleh pihak ketiga yang cooperate dengan syarikat ini, anda juga boleh dipantau oleh orang yang anda tak kenal langsung oleh gamers yang jugak gila dengan game pokemon go ni.
Pokémon GO by Niantic Inc (wikimedia)
Selalunya sebelum start play, segala data anda perlu dikeyin dulu melalui aplikasi ni.
Game ini dikatakan menimbulkan kontroversi kerana publiser game ini meminta data-data peribadi penggunanya.
Sudah tentulah Pokémon GO akan publish (privacy policy) dia dalam laman webnya namun boleh kah kita percaya?
Tentunya tidak, anda perlu realistik dan ingat: Bahawa pemindahan atau pengumpulan maklumat dan data peribadi, walaupn tak dilakukan, tetapi ia dapat dilihat oleh mata para penggunannya! Itu sebabnya, masih ada kesan negatif dan mengundang bahaya permainan yang sedang viral ni.
Risiko itu sentiasa ada, dan secara terang-terangan telah ditulis pada (privacy policy) pada permainan Pokémon GO ini, sama saja jugak dengan aplikasi-aplikasi lain, yang bergantung kepada lokasi pengguna atau gamers.
Jangan terkejut..Perompak pun gunakan Pokémon GO untuk cari port baik punyaaa..
Jangan terkejut..hanya dalam masa sebulan saja sejak software ni release, sekurang-kurangnya 11 gamers Pokémon GO telah dirompak kerana apps ini. Di US, pencuri 'terpikat' dan dibawa oleh mangsa mereka sendiri ke lokasi2 hanya satu hari selepas permainan ini di'launch' kepada orang awam.
Pihak polis US mengesahkan bahawa terdapat 4 kumpulan perompak bersenjata menggunakan apps Pokémon GO untuk 'memancing' gamers agar mereka datang ke lokasi tertentu dan merompak mereka.
Pokemon GO lebih senang digunakan oleh perompak penyamun tarbus dan tak tarbuss bukan kelakar tau..tetapi realiti..
Pokemon GO juga meragut nyawa manusia pm(gamersnya) akibat jenayah.
Anda boleh menambah item pada Pokestop untuk memancing para pemain. Para perompak juga memanfaatkan Pokémon GO untuk mencari orang-orang yang ada di sekitar mereka.
Pemain boleh menggunakan umpan untuk menarik lebih banyak Pokémon di lokasi-lokasi tertentu, contohnya ditempat sepi atau gelap, inilah yang biasanya akan berlaku rompakan dan ugutan serta jenayah lain kepada penggunanya.
Jadi jika anda menggunakan aplikasi ini (atau aplikasi lain sama) atau mempunyai anak yang menggunakan aplikasi ini, kami meminta agar anda berhati-hati ketika memberitahu di mana anda berada kepada orang yang tidak dikenali...
Selain perompak, populariti Pokémon GO juga menarik perhatian para penjenayah dunia siber. Mereka menanamkan malware pada aplikasi Pokémon GO. Sangat merbahaya kerana Pokémon GO ni baru saja dilancarkan secara rasmi di beberapa negara. Jadi, orang-orang yang tidak sabar menunggunya secara rasmi dari game ini akan download Pokémon GO dari laman web yang tidak rasmi.
Seperti dadah..Pokémon GO membuat penggunanya ketagihan..
Sebenarnya dalam permainan dalam talian, yang paling membuat para pemain ketagih adalah explorernya, jual-beli item atau adanya group yang boleh bekerja sama dengan mereka.
Selain semua yang boleh membuat ketagihan itu, Pokémon GO dibuat lebih dari apa yang permainan lain tak boleh melakukannya. Misalnya boleh menggabungkan real visual di sekeliling anda dengan permainan ini.
Dengan gabungan antara permainan dan kamera telefon bimbit, pengguna seakan melihat musuh di depan mereka. Selain ituPokémon GO menggunakan Google Map sebagai lokasi atau peta sekelilingnya. Dengan menggunakan kamera telefon dan GPS, seolah2 pemain mengejar dan menangkap karakter Pokémon dalam kehidupan nyata.
Dari misi-misi dalam permainan ini, Pokémon GO juga menggunakan gambar-gambar dalam Google Street sebagai misi utamanya. Misalnya ada benda atau objek atau gambar dalam Pokémon GO yang harus dicari ketika anda berada di area tersebut.
Objek-objek itu diambil dari keadaan yang terakam dalam Google Street. Apabila anda berjaya menemuinya, jadi anda akan mendapat point yang lebih banyak..tak.gitu???
Dalam laman asiancorrespondent.com, di Singapura, sebelum game ini masuk, seorang ekspatriat berasal dari Australia di syarikat property Singapura Sonny Truyen, dipecat gara-gara dia tak dapat mengakses permainan ini. Ia menulis dalam status di akaun Facebook miliknya:
"You can not f ** king catch Pokémon in this piece of f ** king sh * t country."
Kemudian seorang wanita bertanya: "Why would you call Singapore" a f ** king sh * t country? ""
Ia menjawab: "Cos its full of stup * d like you ... I stated why at the start of the sentence .."
Kemudian wanita itu membalas: "Get out of our country"
Akibatnya tulisan ini menjadi viral di Singapura, tersebar hingga kepada kawan2 sekerja dan partnernya dalam perniagaannya. Ia pun akhirnya dipecat kerana menyiarkan kata-kata kesat dan menghina terhadap Singapura.
Selain itu juga , jabatan polis di Washington AS telah memberikan amaran kepada gamers Pokémon.
Beberapa wannabe Pokémon Master telah mengalami lebam-lebam di kepala dan lebam di beberapa bahagian badan ketika leka bermain, dan terhantuk.
Ancaman yang paling cepat bagi pengguna Pokémon GO adalah bahaya dirampasnya data anda (dihacked). Pemain yang masuk ke permainan dengan akaun Google membolehkan Niantic mempunyai akses penuh ke profil tersebut.
Seperti ahli IT Adam Reeve menegaskan, "Ya, itu bermakna mereka boleh membaca e-mel anda, isi fail anda di Google Drive, dan pada dasarnya boleh mengakses setiap bahagian dari hidup anda, kerana anda menggunakan Google untuk semua itu.
Big Brother Google Inc
l"Apabila pemaju man-setup 'Masuk dengan Google' (Sign in with Google) fungsi mereka menentukan kepada tahap akses apa yang mereka inginkan.
Anda akan berfikir bahawa dengan meminta akses minimum saja tak kanlah pekerja Niantic akan mencuri identiti anda. Tapi seperti kes2 profil tahap tinggi (high-profile hacks) yang dialami oleh Sony dan Ashley Madison comtohnya tidak ada syarikat yang mendakwa untuk melanggar privasi anda walaupun aksesnya minimum!
Salah satu pengasas Projek Niantic ini adalah NSI iaitu The Nationwide Suspicious Activity Reporting, disingklat SAR, sedangkan yang lebih tinggi darinya disebut sebagai NSI (Nationwide SAR Initiative).
PRISM NSA Google Inc
NSI adalah Lembaga Laporan Aktiviti mencurigakan Dari Seluruh Dunia, milik kerajaan Amerika Syarikat. NSI digunakan untuk mengumpul data serta maklumat, dan berkongsi laporan aktiviti mencurigakan oleh individu atau kumpulan di Amerika Syarikat mahupun di dunia, salah satunya melalui Niantic Project besutan Niantic Inc ini.
Nationwide SAR Initiative (NSI) dibentuk oleh para penegak hukum dan lembaga-lembaga lain dan telah dilakukan selama bertahun-tahun, untuk mengumpul maklumat mengenai tingkah laku dan insiden yang berkaitan dengan kegiatan jenayah, namun tanpa sekatan pada pengumpulan data individu yang bersangkutan tanpa adanya kecurigaan oleh individu yang berkaitan.
Program ini telah membentuk proses standard dimana SAR dapat saling berkongsi data antar lembaga-lembaga lain untuk membantu mengesan dan mencegah kegiatan jenayah berkaitan keganasan.
Dari sinilah lalu muncul idea pembuatan Project PRISM (Privacy in Mobile Information and Communication Systems) yang merangkumi semua individu yang tak hanya dalam permainan dalam talian, tetapi juga di dunia internet secara global. Dengan munculnya PRISM, maka NSI dibubarkan.
PRISM adalah salah satu program yang memberi alasan untuk memerangi pengganas kebanyakan-di dunia internet yang dijalankan kerajaan Amerika Syarikat melalui NSA.
Dengan penguatkuasaan program ini, maka NSA mempunyai hak untuk mendapatkan dan mengetahui segala data pengguna yang dimiliki syarikat-syarikat besar dunia.
Melihat fenomena seperti ini sendiri memang kita dapat agak facebook, yahoo pun terikut PRISM.
Dari pengumpulan data dan maklumat pengguna game online termasuk Pokémon GO, akan membuat pemainnya ketagihan, dan akan lebih mudah mempengaruhi orang lain dan seterusnya.
"Data dan maklumat tiap individu sekarang bukan lagi rahsia ...tak perlu dicari, kerana senang saja mereka akan mengisi data mereka sendiri. kita akan melihat di mana mereka berada, siapa ahli keluarganya, apa kerja dia, siapa kawan2 dia..apa yang dia suka..semuanya..tidur..makan..bangun jam berapa...semuanya boleh diketahui.."
Illuminati Card: Deprogramming, Subliminals rangsangan dan Paranoid
Ini adalah agenda besar jangka panjang ke hadapan bagi suatu kelompok elit dunia yang hanya berjumlah 1% sahaja dari jumlah seluruh penduduk dunia yang kira-kira 7 bilion. Namun mereka pemegang teratas bagi semua aspek di planet ini.
Mereka pemegang secara global mulai dari makanan, minuman, ketenteraan, kewangan, ekonomi, segala macam bahan ubat-ubatan dan syarikat-syarikat farmaseutikal, sehingga segala macam perniagaan daripada beribu-ribu syarikat-syarikat top didunia ni.
Sekurang-kurangnya atau paling tidak, mereka berusaha membuat manusia terjerumus dalam tiga faktor cuci otak (brainwashed) untuk dapat mengawal minda (mind control) gamers , terutama generasi muda! Haa.. inilah yang lebih berbahaya sebenarnya. Ketiga faktor yang berusaha mereka pengaruhi iaitu: de-programming, sub-liminal dan sifat paranoid kepada manusia.
Deprogramming, merujuk pada langkah-langkah paksaan untuk memaksa seseorang dalam sebuah sistem kepercayaan yang kontroversi untuk mengubah keyakinan mereka dan meninggalkan kesetiaan kepada kumpulan agama, politik, ekonomi, atau sosial yang berkaitan dengan sistem kepercayaan.Stimuli subliminal, secara harfiah berarti "di bawah ambang batas "atau" bawah sedar ", dari setiap rangsangan deria bawah ambang sedar individu berkaitan untuk mengubah persepsi kita. Sebuah kajian pengimejan resonans magnetik fungsional (fMRI) menunjukkan bahawa rangsangan subliminal mengaktifkan daerah tertentu dari otak walaupun peserta tidak menyedarinya. Rangsangan visual boleh dengan cepat melintas sebelum seorang individu dapat memprosesnya, atau melintas kemudian tak sedar, sehingga mengganggu pemprosesan pemikiran. Rangsangan suara atau audio stimulidapat dimainkan dengan volume yang kecil sahaja sebagai latar belakang.Paranoid (atau paranoia), adalah gangguan mental yang dialami seseorang yang meyakini bahawa orang lain boleh membahayakan dirinya. Dikatakan sebagai bentuk gangguan bila perilaku tersebut sifatnya yang tidak rasional, menetap, mengganggu, dan membuat stres.
Ketiga faktor itulah yang berusaha diubah dari sifat normal manusia melalui kecanduan game ini. Dijamin dalam beberapa tahun akan datang, banyak hal negatif lain akan muncul dari game ini, walaupun mangsanya mati kerana dadah betul..(contoh)
Dengan adanya Pokémon GO, dan game lain seumpamanya akan membuat gamers ketagih bagai drug addict.
~dailymail indoCropCircles
0 comments:
Post a Comment