Sunday, 26 June 2016

Matlamat Rothschild

by

Ini antara matlamat2 Rothschild, susunan langkah demi langkah, panduan (manual) bagaimana gerak kerja Illuminati akan dilaksanakan, pada dasarnya ia memperlihatkan semua rancangan jangka panjang mereka.
Semua ini diambil dari buku panduan Illuminati :
1) Peperangan harus diatur, sehinggalah kedua2 pihak yg berperang bakal mengalami masalah hutang yg berat kemudian dianjurkan perdamaian setelah mereka menjadi lemah (tidak lagi berupaya) utk mengawal kedaulatan wilayah masing2..
2) Setiap ahli mason perlu menggunakan kekayaan yg ada untuk menentukan "calon" yg dipilih dan tempatkan di pejabat awam. Taat kepada tuntutan mereka (ahli) dan gunakan mereka (calon) sebagai bidak dalam percaturan orang2 di belakang layar. Penasihat harus dipelihara dan dilatih sejak kecil utk menguasai urusan dunia.
3) Mengawal akhbar dan media.
4) Agen akan muncul ke hadapan selepas mencetuskan kacau bilau dan bertindak pula dgn lagak sebagai penyelamat orang awam.
5. Wujudkan kemelesetan industri dan kepanikan / kegawatan kewangan, pengangguran, kelaparan, kekurangan makanan dan gunakan keadaan ini sebagai alat utk menguasai orang ramai atau para perusuh dan kemudian gunakan perusuh ini utk menghapuskan semua penghalang.
6. Gunakan cukai yang tinggi dan wujudkan persaingan yang tidak sihat untuk membawa kehancuran ekonomi dengan menguasai bahan mentah. Aturkan pergerakan para pekerja dan biayai pesaing mereka.
7. Membina kekuatan persenjataan melalui pasukan Polis dan Tentera utk melindungi kepentingan kita.
8. Ahli dan pemimpin-pemimpin kerajaan sedunia (OWG) akan dilantik oleh pengarah.
9. Undang-undang Nasional dan Antarabangsa perlu digunakan utk menghancurkan peradaban, memperhamba dan mengawal orang ramai.
10. Mengawal, menentukan siapa yg akan mendapat publisiti di majalah berita utama, dan di televisyen.
11. Memberikan bahagian besar wang yg perlu di universiti untuk operasi braindwashed... Pendidikan mempengaruhi nilai2 agama bangsa kita.
12.Menyediakan sumber dana kepada universiti2 utk menjalankan kegiatan pendidikan seperti mengendalikan The Union Theological Seminary yg membincangkan unsur2 logika dengan kepercayaan sehingga menjerumuskan golongan cendekiawan ke arah pemikiran yg akhirnya tidak mendukung fahaman keagamaan, ia adalah strategi brain-wash.
13) Menentukan siapa yg berhak diketengahkan melalui media atau dijatuhkan melalui media di Amerika dan Eropah.
14.Mengawal pergerakan media, bank dan kerajaan, tetapi tidak memiliki firma media, bank atau menduduki kerusi kerajaan.
15. Menubuhkan house (kerajaan) baru iaitu Israel.
16. Melatih ramai agen2 diseluruh negara bagi memporak-perandakan sesebuah negara dan menjayakan misi2Freemason.
17. Menjadikan pemimpin-pemimpin negara tersebut sebagai BONEKA, supaya Keluarga Rothschild dapat berada di belakang tabir..
18. Anjurkan gerakan Liberalisme (hancurkan keagamaan)
19. Gunakan idea "kebebasan" utk mewujudkan pertentangan atau krisis antara kelas dlm masyarakat
20.Galakkan masyarakat supaya cenderung utk merusuh (secara psikologi) sebagai satu cara menguasai mereka.
21: Pergunakan alkohol, dadah, rasuah dan segala bentuk maksiat secara sistematik utk merosakkan golongan belia.
22: Gunakan slogan-slogan hebat seperti hak asasi, kebebasan, persaudaraan sebagai pegangan / tuntutan rakyat jelata dalam peperangan psikologi
23: Kendalikan penipuan secara sistematik, dgn menggunakan "slogan" secara lantang dan ungkapkan janji manis kepada masyarakat bahawa mereka bakal nikmati kebebasan dan hidup mewah walaupun semua itu adalah palsu
24. Rancang dgn teliti utk sesuatu resolusi, bincangkan halacara pertempuran di jalanan, aturkan mana2 yg perlu utk mempercepat kejayaan menguasai penduduk.
25: Menyusup ke semua kelas dan lapisan masyarakat dan kerajaan utk tujuan menipu, memperkotak-katikkan dan rosakkan golongan muda dgn mengajar teori, demokrasi dan prinsip2 yg kita tahu adalah palsu.
26: Cipta wabak penyakit dan sebarkan pada skala2 tertentu.. Galakkan masyarakat supaya cenderung dgn perubatan moden,pil2 dan ubat-ubatan hospital dan farmasi ciptaan kita. Gunakan kerajaan dan para doktor utk capai matlamat kita.
27: Memberi sokongan dan membenarkan penggunaan ubat-ubatan dadah dan kimia, dan memfilemkan pornografi sebagai seni. Jadikan ianya diterima secara terbuka dan normal bagi masyarakat.
28: menyusup masuk dan menumbangkan semua kerajaan dan bekerja dari dalam bagi menghancurkan integriti kedaulatan sesebuah kerajaan.
29: Meruntuhkan sesebuah kerajaan, musnahkan negara2 dunia dengan mewakilkan kepada USA dan PBB seperti Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya, Syria dan Arab Saudi.
30: Membentuk Pemerintahan Dunia Baru melalui Vatican dan gereja2 syaitan, dan sistem kawalan dibawah pemerhatian kita..
========================================================================================================
KESIMPULAN
Negara dunia mengikut telunjuk PBB, manakala PBB mengikut Amerika, Amerika ditadbir oleh Obama, Israel ditadbir oleh Benjamin Netanyahu, manakala Obama dan Netanyahu tunduk kepada arahan Roth.
Kemudian Roth menurut arahan siapa?
sudah tentu tuhan mereka, Dajjal & Iblis..

Wednesday, 22 June 2016

FREEMASON DAN MELAYU

by
ILLUMINATI:

FREEMASON DAN MELAYU



Sesungguhnya golongan Freemason - Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini.

Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.

Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.
Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.

Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.


Tujuannya ialah:


MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.

Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.


Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.

Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.

Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan!


Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Tanduk Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.

Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.

Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.


Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.

============================================================================================================================

WAKIL-WAKIL SECRET SOCIETIES DI TANAH MELAYU


Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.

Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.


Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.

===========================================================================================================================

KEINGINAN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.

Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.

Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka. Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.


Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).
Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'negeri naungan Ratu Inggeris'.

Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.

============================================================================================================================

PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU

Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.

Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?
Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?

============================================================================================================================

APA RAHSIANYA?


Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam? Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!

Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'Holy Scriptures'.

Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan .Tetapi mereka terlambat.


============================================================================================================================

PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.

Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu.


Tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang').
Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.

Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.

Sebab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.

Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan, membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?


DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S

Melalui 'secret societies' di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.


============================================================================================================================

KONGSI-KONGSI GELAP CINA DI TANAH MELAYU

Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.



Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.

============================================================
=============================================================

ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat 'counter attack'.


==============================================================

AMUK

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka. TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'.

Apabila sampai satu tahap, ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil?Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.





Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.


Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.


Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.






Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?


Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.

Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illumiinati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.


Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka. Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

======================================================================

BAHAYA PENGARUH FREEMASON


Budaya-budaya Freemason ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah Freemason ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya Freemason sedangkan kita lebih hebat dari mereka?

Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.

Begitu hebatnya umat Islam jika dekat disisi Allah.
Silapnye kita boikot product Israel, dgn masjid2 sekali kita boikot. (time sembahyang raya je masjid penuh)
Kalau Allah dah tak izinkan, boikot lah mcm mana pun tak akan berkesan.

Jika umat Islam kuat dan bebas maksiat, insyaallah#Pray kita dimakbulkan.
Masa tu jangankan nak lumpuhkan ekonomi Israel.. nk minta tentera nyamuk serang Israel pun Allah boleh bagi.

Negara penuh dengan maksiat.
Akhlak runtuh, macam mana Allah nak terima doa kita.
Kita menumpang doa orang2 soleh ja.
Bila orang soleh banyak meninggal,
Bencana kian banyak..
Kalau kita terus macam ini..
Tak mustahil Rakyat Palestine pula
#Pray4Malaysia

Menjadi kewajipan setiap org Islam untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain, supaya umat Islam menjadi kuat dan doa2 kita mustajab.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=771606849555286&set=t.1045998845&type=3&theater

Hanya satu perkara yg Dajjal, Illuminati-Freemason paling takut, iaitu MASJID penuh setiap waktu solat dan amalkan full sunnah.. kerana jika ini berlaku, Bantuan Allah pasti akan sampai. Doa2 umat islam akan dimakbulkan Allah swt.

Semoga Bani Melayu & Umat Islam Bersatu.

Amin Ya Rabbal Alamin...

GERAKAN FREEMASON DI MALAYSIA

by


Bertambahnya markas Freemason di Malaysia, bererti agenda New World Order semakin giat berjalan. 

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Lodge Besar Kepulauan Timur (District Grand Lodges of the Eastern Archipelago atau DGLEA.

District Grand Lodges of the Eastern Archipelago boleh dianggap sebagai…the ‘Governing Body‘ of all Masonic Lodges within Malaysia.

Pada tahun 1977, Freemason mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli.

Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya, terutamanya pemimpin pemimpin Umno.

============================================================================================================================================

Di Malaysia terdapat 16 Markas & Kuil Freemason (belum termasuk yg sedang dalam pembinaan), dan lebih 300 pejabat Freemason.

Samada kita perasan ataupun tidak, inilah kenyataan sekarang. Berikut adalah alamat Lodge Freemason yang terdapat di negara kita, Malaysia.

- Dewan Freemason, 136 Jalan Utama, Penang

- Dewan Freemason, 27 Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

- Dewan Freemason, Jalan Penghulu Cantek, Seremban, Negeri Sembilan

- Dewan Freemason, Jalan Chan Koon Cheng, 75000 Malacca

- Dewan Freemason, 100 Jalan Junid Muar, 84000 Johore

- Dewan Freemason, Jalan Abu Bakar, Johor Bahru

- Dewan Freemason, Sibuga Rd., 90000 Sandakan, Sabah z

- Dewan Freemason, 08000 Sungai Petani, Kedah

- Dewan Freemason di Kuantan, Pahang (Negeri Pahang), Kuching (Negeri Sarawak) tiada alamat, tetapi pergerakan freemason aktif di negeri-negeri tersebut.

- Dewan Freemason Oug Bukit Jalil

- Dewan Freemason U0078 Jalan Merdeka,Federal Territory of Labuan

- Dewan Freemason di Tawau, Sabah tiada alamat.

- Dewan Freemason, bersebelahan shopping kompleks Karamunsing

- Dewan Freemason Sandakan, Sabah

- Dewan Freemason, Kota Kinabalu, Sabah

- Dewan Freemason, No 15 Jalan 18/16, Taman Kanagapuram, 46000 Petaling Jaya, Selangor

================================================================================================================================

PERPECAHAN BANI MELAYU KERANA POLITIK TELAH DIATUR OLEH FREEMASON

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103

Hobi Dajjal adalah melaga lagakan dan berdusta melalui media.
Ketahuilah bahawa tugas Rothschild adalah mencetuskan perang, kemudian Rothschild akan menaja setiap negara yang berperang.

Contoh dalam perang Wellington yang dicetuskan oleh Rothschild.
Keluarga Rothschild bekerjasama membekalkan emas kepada pihak yang berperang (melalui Nathan di England) dan tentera Napoleon (melalui Jacob di Perancis) dan mereka memulakan polisi memberi dana kepada kedua-dua belah pihak yang berperang.

Begitu juga dalam senario politik di Malaysia, orang2 Freemason akan menyusup masuk dalam setiap parti untuk membuat perkara pelik pelik dan melaga lagakan, agar bani melayu hantuk kepala sesama sendiri dan bepecah belah.

Bila umat Islam jadi lemah, SENJATA umat islam paling hebat iaitu DOA menjadi tidak mustajab. Hari ini kita boleh lihat pak imam, khatib, ustaz2, para ulamak pun boleh termakan fitnah dajjal dan menyebar fitnah walaupun sedang berada didalam rumah Allah.

Senjata utama Dajjal memecah belahkan umat Islam ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang sinonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Begitulah kejahatan yang dilakukan oleh proksi Dajjal yang mengawal media dan menguasai Malaysia.

Keluarga Rothschild juga mempunyai ramai Agen-agen di seluruh negara didunia untuk melaksanakan Rancangan Untuk Mereka, supaya Keluarga Rothschild dapat berada dibelakang tabir.

They create it, we play it. Master of puppets....

=============================================================

''MIND CONTROL'

Keturunan Rothschild berperanan sebagai pengawal yang mengawal pergerakan media, politik, bank dan kerajaan etc... Rothschild hanya mengikut arahan dari Dajjal. bermakna Dajjal sedang memerintah dunia.

Iblis dan syaitan sentiasa berusaha untuk melaga2kan Anak Adam, menumpahkan darah sesama sendiri, menghasut agar saling benci-membenci, membuakkan rasa dendam hingga manusia berusaha membuat senjata2 , untuk menghancurkan sesama sendiri. Daripada zaman dahulu manusia hanya berperang dengan senjata pisau, kapak, pedang, sehinggalah ke zaman moden, manusia menghancurkan sesama sendiri dengan BOM. Lihatlah hasutan syaitan boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan hilang perikemanusiaan. Sudah tidak menghiraukan lagi nasib pihak yang diperangi, nasib anak dan keluarga mereka. Begitu tekadnya mahu hancurkan manusia yang lain, hasil dendam kesumat yang diapi-apikan oleh syaitan, na’uzubillah.

Malangnya ramai dikalangan manusia tidak menyedari Syaitan berada ditengah-tengah mereka..
Kerana tidak menyedari Syaitan dikalangan manusia yg jauh lbh kejam dan jahat sedang menjahanamkan seluruh sistem kehidupan masih bebas mencatur dunia.

Di dalam satu hadis riwayat Muslim (Hadis No.2946), Rasulullah SAW bersabda:

ما بين خلق آدم عليه السلام إلى قيام الساعة أمر أكبر من الدجال

Mafhumnya:

''DI ANTARA PENCIPTAAN ADAM DAN TERJADINYA KIAMAT, TIDAK ADA FITNAH (DUGAAN) YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA FITNAH DAJJAL".

Juzuk : 26 Surah : AL-HUJURAAT No. Surah : 49 Ayat : 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan

Penubuhan MALAYSIA : Perancangan USA sejak 1889?

by
THE HIDDEN TRUTH: 



Ramai orang mudah terkeliru antara fakta sejarah negara dengan apa sebenarnya yang berlaku. Walaupun soal Syurga dan Neraka itu adalah hak ALLAH semata-mata, namun kita sebagai warga Malaysia perlu tahu tentang cerita-cerita di belakang tabir tentang negara kita.

Umat islam perlu tahu siapa sebenarnya musuh Islam yang mengawal dunia.

Pernahkah saudara-saudari membuat kajian tentang hubungan antarabangsa kita. Pernahkah saudara-saudari tanya kepada diri sendiri soalan-soalan yang di luar minda fakta sejarah negara. Contohnya :

1. Kenapa bendera kita macam bendera Amerika Syarikat.
2. Kenapa kita berdagang menggunakan US dolar. Sedangkan emas kita terpaksa ditebus di US Federal Reserve bagi mendapatkan Ringgit. Emas kita punye, Ringgit kita punye, namun orang lain yang control kita punya harta. Emas kita boleh lupus sekiranya kita gagal penuhi syarat-syarat mereka. Ringgit kita boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sebab kita tidak control nilai matawang kita.
3. Kenapa Melayu berpecah pada setiap masa.
4. Kenapa Melayu-Cina berprasangka buruk pada setiap masa.
5. Kenapa Syariat Islam sangat susah hendak dijadikan Undang-Undang.

Kenapa dan Mengapa wahai saudara dan saudari .........

Dengan Takdir ALLAH, sebahagian cerita sudah pecah.

Malah nama Malaysia disebut beberapa kali dalam sebuah buku Ripley's Believe it Or Not terbitan tahun 1943.

m/s 59:.....this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China...
m/s 119: ....is a native of MALAYSIA...
m/s 121: ......the man eating clams of MALAYSIA...

=============================================================

1) Kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis mendapati nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. Nama Malaysia sudah termaktub Dalam Buku Ripley's Believe it or not cetakan pertama tahun 1929.

Perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

2) Kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang..
Semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" yang juga salah seorang ahli kuat FREEMASON

3) Fakta ini dijumpai semasa cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara MALAYSIA dan INDONESIA, ia bermula ketika perasaan hairan kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA.

4) Rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University

5) Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA (melalui agen CIA) di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA....

Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan.

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. …saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“

Rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

7) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

8) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal.

Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

9) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita?
Sebenarnya, lagu ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

10) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

11) Sesuatu yang besar kemungkinan berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!

R – Tunku Abdul Rahman

A – Tun Abdul Razak

H – Tun Hussein Onn

M – Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)

A – Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)

N – Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

12) “Kerajaan telah memilih Perang Besar” (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1692

mengikut perancangan ILLUMINATI.. di mana FREEMASON telah bergabung dengannya.. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Government, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Government!

“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.”

(Genesis 25:6 New International Version)

14) mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai negara Israel serta parlimen USA (ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung dengan gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI).. Keturunan dari Keturah/Quntura/Ketura iaitu isteri ketiga nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau nama lainnya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar, padahal dia menipu (aku pernah baca bahawa dia adalah Samiri pada zaman Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta “tuhan” berbentuk LEMBU yang diperbuat dari emas yang dikumpul dari seluruh kaum Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapak malaikat Jibril itu, tiba2 boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS, “lembu suci”, “holy cow” itu adalah tuhan… cerita ini ada dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah, dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

15) dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah /Quntura/Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa barat cuba dikuatkan.. dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang enam negera – Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur.. dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong.. dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.. cubaan menguasai Vietnam.. serta dibom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tentera termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta serta diberi bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura (perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israel semasa Israel menang peperangan 6 hari dalam hari dengan negara2 Arab) serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura.. Lee Kuan Yew namakan mereka sebagai The Mexican.. serta dibinanya fahaman politik2 didunia ini seperti komunis dan sossialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi, serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokrasi yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga dilagakan USA dan RUSSIA yang terletak disebelah timur dunia.. dan diciptanya GOOGLE dan FACEBOOK yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta dibelinya YOUTUBE dan juga dikuasai kebanyakan media-media utama dunia, diasaskan juga HOLLYWOOD serta diasaskan kebanyakan syarikat2 studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

16) Antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang strategi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkawan amat rapat dengan Paul Wolfowitz (perancang utama peperangan di Iraq dan Afghanistan)..

manakala Najib seperti mengungkapkan misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1 World Government : New World Order.. serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahan Abdullah Badawi diadakan bertarikh “13” (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI)..

dan apakah pentingnya nombor “7” dalam FREEMASON?

bubuh batu asas FREEMASON di Pulau Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengisyhtiharaan “kemerdekaan” negara Malaysia pada tahun 1957..
Pada 1. 7.1967, seorang Melayu Islam bernama Mustapa Bin Osman dianugerahkan gelaran Grand Master Freemason.

17) Fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL..

They (no matter what race) who sold their soul to the ‘MASTER‘ to do all the above will be given the power:

a. to induce spiritual blindness

b. to convince

c. to convert

d. to corrupt

……..

KESIMPULAN

Politik dunia ini semuanya seperti sudah dirancang semuanya oleh FREEMASON.. di facebook tulis “what are you thinking” dan google sebenarnya ada satu pangkalan data khas serta graf dan macam2 lagi untuk mengetahui apa sebenarnya manusia suka cari di internet… semuanya adalah perancangan yang amat rapi!

Tragedi malang pesawat MH370 dan MH17 juga terbukti adalah rancangan Freemason dan barua2 British di Malaysia.

Begitu juga Peristiwa 13 Mei, Tragedi Berdarah Memali, Lahad Datu etc etc...

Sama2 kita berdoa supaya umat Islam dapat bersatu untuk bersama menentang kejahatan yang akan menimpa kita InsyaAllah..

http://thehiddentruth0.blogspot.com/2016/06/gerakan-freemason-di-malaysia.html



http://thehiddentruth0.blogspot.com/2016/06/freemason-dan-melayu.html
“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai..” Surah Ali ‘Imran: 103

Top Ad 728x90